Wednesday, March 2, 2011

Nanas atasi sembelit


NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.

Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.
 

Thursday, April 8, 2010

Sembelit Penyebab Buasir


Rawatan buasir yang paling baik adalah pencegahan tetapi ia boleh dirawat melalui ubat dan pembedahan seperti ligasi pita getah, hemorhoidektomi, eksisi dan igasi Arteri Buasir (HAL Doppler).


MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.

"Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

"Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca buasir

l Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

l Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

l Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Rawatan perubatan

Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Prosedur lain termasuk pembedahan

l Ligasi pita getah

n Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

l Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.

l Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

l Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.


Nyah Toksin Atasi Masalah Usus

 




Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

 
PENGUMPULAN toksin banyak dipengaruhi cara hidup yang kurang sihat seperti pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. 
 
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit. 

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mukus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid. Justeru itu, cara paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.

Set Rantai BionCerastone berfungsi membantu membuang toksin secara semula jadi.

Ia merupakan pilihan gaya hidup zaman moden untuk menjamin kesihatan termasuk sistem usus. "Rawatan Sinar inframerah jauh (FIR) memberi pelbagai manfaat dan kesan terapeutik kepada tubuh yang biasanya diganggu bahan toksin yang menyekat pemulihan secara semula jadi," katanya.

Malah, terapi pemanasan dalam FIR ini juga boleh mengeluarkan air daripada tubuh badan antara 80 hingga 85 peratus yang mengandungi kolesterol, toksin, ammonia dan asid urik FIR iaitu satu bentuk tenaga dari matahari telah diperluaskan penggunaannya bagi tujuan kesihatan kerana ia membantu proses pemulihan dalam sistem tubuh seseorang. 

Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Sharmila Kylasam, tubuh badan memerlukan pembuangan toksin secara semula jadi untuk memastikan badan berfungsi secara sempurna. Dengan itu, kualiti kesihatan lebih baik dan badan lebih bertenaga. 

Mengnyahtoksik untuk kekal sihat

Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Menurut kajian terdapat beberapa masalah yang timbul akibat pengumpulan toksin termasuk sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah, sembelit atau cirit-birit yang kerap, peredaran darah yang lemah, kemurungan dan sebagainya.

Jika badan melalui proses membuang toksin secara baik, ia mampu menjamin kesihatan keseluruhan yang lebih baik dan rasa lebih bertenaga dan cergas. Selain itu, badan mempunyai daya ketahanan, fungsi penghadaman yang lebih baik. Bahkan, seseorang akan melalui pembuangan air besar yang kerap. Sebarang pertanyaan tentang Rantai BionCerastones boleh hubungi 012-271 2298.

Rawatan sembelit

l Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

l Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

l Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas.

l Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

l Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

l Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan.


Thursday, February 18, 2010

SEMBELIT

 
APAKAH ITU SEMBELIT ?

Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar,atau jarang atau tidak membuang air besar dengan sempurna. Pesakit yang mengalami sembelit akan mendapati najis mereka lebih keras dari biasa, merasa sakit dan susah untuk mengeluarkannya. Terasa seolah-olah najis tersebut tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Gejala-gejala lain yang mungkin dialami oleh pesakit ialah perut terasa kembung, tidak selesa dan lembap.

SIAPA YANG AKAN MENDAPAT SEMBELIT ?

Sembelit ditakrifkan berbeza-beza dari seorang ke seorang. Terdapat pelbagi pendapat tentang apa yang dikatakan bentuk/pola pergerakan usus yang normal. Kebanyakan orang mendakwa bahawa mereka akan mendapat sembelit jika usus mereka tidak bergerak setiap hari. Sebenarnya, tabiat usus yang normal tidak boleh ditentukan oleh jumlah sebenar pergerakan usus dalam sehari atau seminggu.. Pergerakan usus yang normal mungkin berbeza dari 3 kali sehari hingga ke 3 kali seminggu, bergantung kepada diri seseorang itu. Sesetengah dari mereka yang sihat mungkin mengeluarkan najis yang keras sedikit dari orang lain tetapi tidak mengalami sebarang masalah untuk mengeluarkannya. Sembelit merupakan masalah gastrousus yang sangat biasa berlaku. Setiap orang mengalami masalah sembelit, tetapi kebanyakan dari mereka yang melaporkannya terdiri dari kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua yang berusia 65 tahun ke atas. Sembelit juga terjadi di kalangan wanita mengandung dan mereka yang baru melahirkan anak atau menjalani sesuatu pembedahan.

APAKAH YANG MENYEBABKAN SEMBELIT ?

Di antara penyebab sembelit ialah :
 
1. Makanan yang kurang serat
 
2. Kurang mengambil cecair
 
3. Perubahan corak pemakanan
 
4. Ubat-ubatan
 
5. Kurang bersenam

6. Perubahan hidup seperti mengandung, peningkatan umur atau dalam perjalanan / mengembara
 
7. Terlalu uzur (terbaring di katil)
 
8. Suka menangguh untuk membuang air besar.
 
9. Penyalahgunaan julap atau laksatif
 
10. Dehidrasi/kekontangan
 
11. Mengalami penyakit saraf dan kongenital.

PENJAGAAN DIRI

Sembelit yang tidak ada kaitannya dengan masalah kesihatan boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang tidak perlukan perundingan doktor, di samping mengubah gaya hidup dan menukar cara makan atau pemakanan (diet).

PEMAKANAN

Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan (20-35g setiap hari) akan membantu melembutkan najis dan melawaskan pembuangan air besar. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah seperti bijirin (beras, oat, barli, gandum, rai), buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pengambilan serat dalam makanan perlu diamalkan setiap hari untuk menghalang perut menjadi sebu dan terasa senak atau kembung. Serat perlu diambil dengan meminum air lebih banyak.

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Perubahan gaya hidup dapat membantu mencegah dan merawat sembelit. Amalkan meminum air secukupnya (6 - 8 gelas sehari) termasuklah cecair lain seperti sup, jus buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau anda terasa hendak membuang air besar, jangan suka berlengah atau menangguhkannya.

SENAMAN

Senaman secara tekal adalah penting untuk melawaskan pergerakan najis. Bagi pesakit yang uzur yang berada di kerusi roda atau terbaring di katil mereka perlu dibantu untuk mengubah kedudukan mereka dari masa ke masa.. Mereka perlu dilatih untuk membuat senaman mengecutkan abdomen/perut dan mengangkat kaki.

Ubat-ubatan Biasanya, anda tidak perlu mengambil julap (laksatif) apabila mengalami sembelit yang ringan. Julap atau enema disyorkan untuk jangkamasa terhad sahaja terutama bagi pesakit-pesakit yang tidak menunjukkan sebarang kesan setelah mengubah gaya hidup mereka. Julap atau laksatif ini digunakan untuk merawat sembelit. Ubat ini boleh diambil secara oral/telan dalam bentuk pil, campuran, serbuk atau bintilan dan juga disediakan dalam bentuk supositori atau enema . Terdapat banyak jenis ubat julap bergantung kepada mekanisme tindakannya. Sembelit yang akut atau kronik perlu dirawat dengan cara yang berbeza yang akan ditentukan oleh doktor atau pegawai farmasi.

Julap seringkali disalahgunakan sehingga ia telah menjadi satu kemestian atau tabiat. Adalah penting bagi pesakit menyedari bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat julap. Mereka perlu mengubah cara hidup dengan melakukan senaman secara berkala atau tekal dan mengubah cara makan untuk melawaskan pergerakan usus.


BUASIR


Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

ADA DUA JENIS BUASIR : DALAMAN DAN LUARAN

1. BUASIR DALAMAN

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2. BUASIR LUARAN

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA
 
1. Sentiasa duduk
 
2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
 
3. Cirit-birit
 
4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
 
5. Batuk yang teruk
 
6. Bersalin
 
7. Mengangkat berat

PENCEGAHAN

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut :
 
1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
 
2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
 
3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

4. Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

RAWATAN

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.
 
1. MANDIAN SITZ (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
 
2. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.

Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
 
1. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan JULAP SERAT PUKAL (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.

2. Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.

3. Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.

4. KOAGULASI INFRAMERAH - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ia lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.

5. ELEKTROKOAGULASI BIPOLAR - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.

6. TERAPI LASER- pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.

PEMBEDAHAN biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

BILAKAH ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR ?

Rawatan yang agresif seperti yang dinyatakan di atas sepatutnya boleh menyembuhkan buasir dalam beberapa hari sahaja. Tetapi ia mungkin mengambil masa 2 - 4 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika tidak, anda perlu berjumpa doktor semula dan berbincang dengannya. Masalah-masalah perubatan penyakit keradangan usus atau jangkitan usus boleh menyerupai gejala-gejala buasir. Oleh itu, jika keadaan anda masih berterusan walaupun telah mendapat rawatan asasnya, anda perlu berjumpa doktor.

PENGURUSAN SENDIRI

1. Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari.
 
2. Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
 
4. Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
 
5. Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...